Thursday, August 26, 2010

Kata-kata Aluan








Ketua Kampung Aur Gading



Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarokaatuh.



Website Aur Gading ialah hasil usaha Anak Kampung Aur Gading .Beliau tidak mahu kampung ini ketinggalan di dalam arus Perkembangan Teknologi Maklumat ( ICT ). Ia dibangunkan bagi tujuan untuk menarik minat lebih ramai lagi Anak kampung Aur Gading yang mempunyai kecenderungan di dalam bidang IT,menimba ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahn internet yang telah tersedia di negara ini.



Website Aur gading juga diharap dapat menarik minat anak-anak rantau Kampung Aur Gading melihat perkembangan semasa tentang kampungnya yang tercinta serta menyumbangkan idea untuk membangunkan kampung setanding dengan kampung-kampung maju yang lain serta sebagai tempat bertemu untuk bertukar-tukar idea serta maklumat.



Harapan juga kepada semua pengunjung-pengunjung ke laman web ini agar memberikan pandangan bernas secara ikhlas yang boleh menjadikan panduan ke arah menjadikan Kampung Aur Gading sebuah kampung yang indah,menarik dan menguntungkan sesuai dengan Wawasan Kerajaan.

Mudah-mudahan segala usaha ikhlas berterusan akan diberkati oleh Allah S.W.T.



Sekian, terima kasih.





ABU HANIPAH BIN SULAIMAN





KETUA KAMPUNG AUR GADING,

BUKI T BETONG,

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG DARUL MAKMUR

No comments:

Post a Comment