Thursday, August 26, 2010

Kata-kata Aluan








Ketua Kampung Aur Gading



Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarokaatuh.



Website Aur Gading ialah hasil usaha Anak Kampung Aur Gading .Beliau tidak mahu kampung ini ketinggalan di dalam arus Perkembangan Teknologi Maklumat ( ICT ). Ia dibangunkan bagi tujuan untuk menarik minat lebih ramai lagi Anak kampung Aur Gading yang mempunyai kecenderungan di dalam bidang IT,menimba ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahn internet yang telah tersedia di negara ini.



Website Aur gading juga diharap dapat menarik minat anak-anak rantau Kampung Aur Gading melihat perkembangan semasa tentang kampungnya yang tercinta serta menyumbangkan idea untuk membangunkan kampung setanding dengan kampung-kampung maju yang lain serta sebagai tempat bertemu untuk bertukar-tukar idea serta maklumat.



Harapan juga kepada semua pengunjung-pengunjung ke laman web ini agar memberikan pandangan bernas secara ikhlas yang boleh menjadikan panduan ke arah menjadikan Kampung Aur Gading sebuah kampung yang indah,menarik dan menguntungkan sesuai dengan Wawasan Kerajaan.

Mudah-mudahan segala usaha ikhlas berterusan akan diberkati oleh Allah S.W.T.



Sekian, terima kasih.





ABU HANIPAH BIN SULAIMAN





KETUA KAMPUNG AUR GADING,

BUKI T BETONG,

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG DARUL MAKMUR

Monday, August 23, 2010

AGAMA DAN PUSAT IBADAT.

kampung aur gading adalah sebuah kampung yang mana keseluruhan penduduknya adalah beragama islam dan 100% melayu . di kampung ini terdapat sebuah masjid dan sebuah surau di mana kedua-dua rumah ibadat ini akan digunakan untuk aktiviti keagamaan seperti ceramah, solat jumaat dll

penduduk kampung ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk mendekatkan penduduk kampung dengan rumah allah dan dengan cara ini lebih merapatkan lagi silaturahim di antara dan lebih mendekatkan diri penduduk  kepada allah. aktiviti ini akan dilakukan secara gotong royong dan pengumpulan dana adalah ehsan dari penduduk sendiri

aktiviti kami
  1. maulut nabi
  2. hari ansyura
  3. kenduri
  4.  dll.

Sunday, August 22, 2010

PETA

kampung Aur Gading
Wakil Pos Bukit Bentong
Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

POSKOD : 27200



Kampong Aur Gading


Alternates names : Kampong Aur Gading

Coordinates

UTM : TK50

Geographical coordinates in decimal degrees (WGS84)

Latitude : 3.617

Longitude : 102.833



Geographical coordinates in degrees minutes seconds (WGS84)

Latitude : 3 37' 00''

Longitude : 102 50' 00''

SUMBER EKONOMI PENDUDUK


    Sumber ekonomi  penduduk kampung aur gading berasaskan petanian dimana  hampir semua penduduk kampung ini bergantung kepada hasil getah dan kelapa sawit . hanya segelintir penduduk di sini juga  menjalankan aktiviti pertanian perternakan dan penanaman tanaman makanan untuk kegunaan sendiri dan juga untuk jualan kecil-kecilan

Apa yang diharapkan agar Penduduk Kampung Aur Gading dapat mewujudkan Dusun buah-buahan yang lebih baik. Mempunyai berbagai-bagai jenis buah-buahan yang dapat dijadikan tempat tumpuan orang luar dimusim buah. Ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan kampung ini kepada orang luar.

Pertanian yang dijalankan secara terancang dan teratur, dengan modal yang mengcukupi juga akan meningkatkan ekonomi semua penduduk kampung.

  Di samping itu, sumber ekonomi lain adalah peruncitan . sumber ekonomi ini agak kurang kerana kesukaran mendapatkan  sumber dari pembekal kerana keadaan jalan yang kurang baik . tetapi kami bersyukur dengan adanya pembinaan jalan raya yang sedang dibina oleh kerajaan diharap dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.



PENDIDIKAN , KEMUDAHAN DAN PRASARANA

walaupun kampung ini agak lambat dari segi pembangunan .namun begitu kampung ini tidak tertinggalan dari segi pelajaran dan perkembangan  semasa dengan hujudnya pelbagai kemudahan dan prasarana yang dibangunkan oleh kerajaan dan naik taraf dan penambah baikan pelbagai kemudahan di kampung ini akan digunakan sebaik munkin agar jenerasi pelapis dari kampung ini adalah yang berpelajaran tinggi dan dapat sama-sama memajukkan negara.

antara prasarana yang ada :.
  1. sekolah kebangsaan aur gading                     
  2. taska/ pra
  3. pusat teknologi maklumat
  4. masjid
  5. dewan orang ramai
  6. bekalan air ( JBA)
  7. bekatan elektrik ( TNB)
  8. Surau
  9. padang bola sepak
  10. jambatan
  11. stesen kereta api

OFFICIAL

assalammualaikum ...
blog ini bagi memudahkan orang ramai serta semua warga aur gading mengenal dan berkongsi keunikan kampung aur gading. lebih lebih lagi ia akan memberi maklumat berguna kepada pengunjung blog ini tak kiralah sama ada warga aur gading ataupun sesiapa pon yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kampung ini.

    Insyaallah di sini kita semua akan memperoleh maklumat yang berguna tentang kampung ini dari segi masyarakat , pendidikan , sumber ekonomi , sumber manusia , alam flora , tempat-tempat untuk dikunjungi, sejarah serta perkembangan kampung ini .

    kampung aur gading ialah sebuah perkampungan yang terletak di dalam daerah lipis , pahang . ianya bersebelahan dengan kampung dura dan kampung chegar perah . dua jalan utama yang menghubungkan kampung ini dengan bandar kuala lipis ialah jalan kereta api yang biasanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke kampungi ini ( kuala Lipis-Aur Gading ) dan jalan berturap yang menyambungkan kampung ini dengan dura , bukit bentong , padang tengku dan kualal lipis.

    sungai tanun yang melintangi di tengah-tengah dan sepanjang kampung ini menjadi sumber air utama suatu masa dahulu , kini menjadi kawasan berkelah dan menjadi kawasan kaki-kaki pancing menunjukkan kebolehan masing.