Sunday, August 22, 2010

OFFICIAL

assalammualaikum ...
blog ini bagi memudahkan orang ramai serta semua warga aur gading mengenal dan berkongsi keunikan kampung aur gading. lebih lebih lagi ia akan memberi maklumat berguna kepada pengunjung blog ini tak kiralah sama ada warga aur gading ataupun sesiapa pon yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kampung ini.

    Insyaallah di sini kita semua akan memperoleh maklumat yang berguna tentang kampung ini dari segi masyarakat , pendidikan , sumber ekonomi , sumber manusia , alam flora , tempat-tempat untuk dikunjungi, sejarah serta perkembangan kampung ini .

    kampung aur gading ialah sebuah perkampungan yang terletak di dalam daerah lipis , pahang . ianya bersebelahan dengan kampung dura dan kampung chegar perah . dua jalan utama yang menghubungkan kampung ini dengan bandar kuala lipis ialah jalan kereta api yang biasanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke kampungi ini ( kuala Lipis-Aur Gading ) dan jalan berturap yang menyambungkan kampung ini dengan dura , bukit bentong , padang tengku dan kualal lipis.

    sungai tanun yang melintangi di tengah-tengah dan sepanjang kampung ini menjadi sumber air utama suatu masa dahulu , kini menjadi kawasan berkelah dan menjadi kawasan kaki-kaki pancing menunjukkan kebolehan masing.

No comments:

Post a Comment