Sunday, August 22, 2010

SUMBER EKONOMI PENDUDUK


    Sumber ekonomi  penduduk kampung aur gading berasaskan petanian dimana  hampir semua penduduk kampung ini bergantung kepada hasil getah dan kelapa sawit . hanya segelintir penduduk di sini juga  menjalankan aktiviti pertanian perternakan dan penanaman tanaman makanan untuk kegunaan sendiri dan juga untuk jualan kecil-kecilan

Apa yang diharapkan agar Penduduk Kampung Aur Gading dapat mewujudkan Dusun buah-buahan yang lebih baik. Mempunyai berbagai-bagai jenis buah-buahan yang dapat dijadikan tempat tumpuan orang luar dimusim buah. Ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan kampung ini kepada orang luar.

Pertanian yang dijalankan secara terancang dan teratur, dengan modal yang mengcukupi juga akan meningkatkan ekonomi semua penduduk kampung.

  Di samping itu, sumber ekonomi lain adalah peruncitan . sumber ekonomi ini agak kurang kerana kesukaran mendapatkan  sumber dari pembekal kerana keadaan jalan yang kurang baik . tetapi kami bersyukur dengan adanya pembinaan jalan raya yang sedang dibina oleh kerajaan diharap dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.



No comments:

Post a Comment